Header Ads

Loading...

Pengguna Lorong Kecemasan, Anda Adalah ‘Pembunuh’

Loading...
DALAM keadaan cemas tatkala berlaku kecelakaan jalan raya, setiap manusia tidak kira pangkat dan darjat mahukan bantuan dengan kadar segera, apatah lagi bila melibatkan nyawa orang tersayang.

Maka kelambatan ambulans tiba di tempat kejadian antara faktor yang sering dipersalahkan apabila mangsa lewat diberi rawatan kecemasan dan tidak dapat diselamatkan.

Satu perkara yang harus diketahui semua, antara punca kelewatan ambulans tiba adalah sikap pengguna jalan raya sendiri, yang menggunakan lorong kecemasan bagi kepentingan diri.

Pesanan Buat Mereka Yang Sering Guna Lorong Kecemasan Tanpa Alasan Munasabah

Perkara ini dibangkitkan pengguna Facebook Mohd Zulhairi Shariff yang berkongsikan pengalaman sedihnya, berdepan dengan sebuah kemalangan tragis melibatkan nyawa dua beradik di susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.

Pihak ambulans yang dihubungi terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk tiba sedangkan masa diambil sepatutnya cuma 15 minit untuk ke lokasi kejadian berikutan sikap pengguna jalan raya menyalahgunakan lorong kecemasan.

Menurut Zulhairi, pengguna yang menggunakan laluan kecemasan mungkin tidak sedar, sikap mementingkan diri mereka telah membantutkan perjalanan ambulans ketika mahu menggunakan laluan khusus pihak penyelamat itu sekaligus meragut nyawa seseorang lapor Mynewshub.

Pengguna Lorong Kecemasan, Anda Adalah ‘Pembunuh’

Sesiapa yang ikut PLUS arah utara area selepas tol Simpang Ampat petang tadi mesti sangkut jems teruk kan. Sesiapa yang memandu menggunakan lorong kecemasan pada waktu itu, dukacita aku nak maklumkan bahawa korang adalah pembunuh.

Ya pembunuh, tetapi jangan risau sebab kemungkinan besar korang tak akan ditangkap dan dihukum gantung. Tetapi pasti ada balasannya kelak.

Kemalangan itu betul-betul depan kereta aku. Alhamdulillah masih ada jarak selamat, jadi aku tak terlibat secara langsung. Ceritanya, motosikal LC150 yang dinaiki oleh dua beradik itu terlanggar belakang Proton Iswara yang rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. Impak pelanggaran itu menyebabkan mereka berdua tercampak ke lorong tengah lebuh raya. Lori sayur yang berada di belakang mereka mengelak dan menyebabkan lori itu terbalik melintang di lorong tengah dan kanan.

Pakcik yang bawa lori sayur tidak mengalami sebarang kecederaan. Pujian harus diberi kepada dia sebab sempat mengelak dua mangsa tersebut sehingga menyebabkan dirinya terbalik.

Para pembunuh sekalian, jenayah korang bermula di sini. Lorong tengah dan lorong kanan terus tertutup dan tidak dapat dilalui. Tinggal satu lorong dan bila jadi seperti ini, para pembunuh ini buat apa yang mereka selalu buat. Guna lorong kecemasan tanpa rasa bersalah langsung. Sudahlah guna lorong kecemasan, bila sampai tempat kejadian dipandunya perlahan pula kereta sambil memegang handphone rakam gambar. Korang nak ambil gambar bukti jenayah korang ke apa?

Kemalangan berlaku lebih kurang jam 3.30 petang dan ambulans pertama yang sampai, lebih kurang sejam kemudian. Sejam weh! Perjalanan yang biasanya ambil masa tak sampai 15 minit. Ambulans itu ambil mangsa pertama dan tinggalkan lagi seorang mangsa di tempat kejadian.

Ambulans kedua sampai selepas 2 jam setengah. Kemalangan jam 3.30 petang dan ambulans kedua dengan bomba sampai dekat jam 6 petang weh! Ini semua disebabkan pembunuh-pembunuh ini yang dengan tanpa segan silu menggunakan lorong kecemasan.

Kedua-dua mangsa cedera dan mengalami pendarahan di dalam kepala. Semasa kami sampai, mereka masih memberikan respon dalam separa sedar. Kami sendiri melihat keadaan mereka deteriorate semasa menunggu ambulans tiba.

Apa yang kami boleh buat hanya cuba menghentikan pendarahan dan elakkan mereka dari pengsan dan tidur. Semasa ambulans sampai, mereka sudah kurang respon dan semakin lemah. Sekarang mereka berada di Hospital Seremban dan kami juga tidak tahu bagaimana keadaan mereka sekarang. Harap mereka selamat walaupun harapan agak tipis.

Kepada pembunuh sekalian, aku harap korang sedar. Lorong kecemasan dicipta untuk tujuan kecemasan seperti ini. Tetapi disebabkan kebangangan korang, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. Aku tak doakan perkara ini terjadi pada korang semula tetapi cukuplah korang sedar dan tak buat lagi.

Kepada yang lain, yang suka guna lorong kecemasan, ingatlah yang korang juga mungkin akan menjadi pembunuh suatu hari nanti. Ya, dari dulu aku memang benci sangat pada pengguna jalan raya yang suka-suka menggunakan lorong kecemasan ketika jalan sesak. Tetapi hari ini aku rasa perasaan benci itu sudah sampai tahap maksima. Korang dah jadi pembunuh! - Mohd Zulhairi Shariff

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.