Header Ads

Loading...

Minuman Starbucks Antara Paling Tak Sihat, 25 Sudu Gula Dalam Setiap Hidangan

Loading...
Minuman Coke dan air bergas mengandungi 9 sudu gula dan ia sudah dianggap tinggi dan tidak berkhasiat.

Namun, tanpa kita sedar ada banyak lagi minuman lain yang mengandungi kandungan gula 3 kali ganda.

Menurut laporan The Independent, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh “Action On Sugar” di Britain mendapati, kandungan gula yang ada dalam minuman-minuman tersebut sangat mengejutkan.

Kira-kira 98 peratus minuman itu mengandungi terlalu banyak gula dan harus diberikan“label merah” kerana ia berbahaya untuk kesihatan.

Minuman Starbucks Mengandungi 25 Sudu Gula Dalam Setiap Hidangan

FAKTA: Minuman berperisa buah mengandungi 25 sudu gula

Kumpulan itu mengkaji 131 minuman panas termasuk kopi, mocha, latte, minuman buah dan coklat di kedai kopi popular dan rangkaian restoran makanan segera di negara tersebut.

Kajian mendapati satu pertiga daripada jenis-jenis minuman panas tersebut mengandungi gula lebih tinggi daripada jumlah 9 sudu di dalam Coke.

Salah seorang penyelidik berkata, tidak hairanlah kadar kegemukan paling tinggi adalah di Eropah.

FAKTA: Minuman lain di Starbucks mengandungi 20-22 sudu gula

Minuman Starbucks adalah yang paling tinggi kandungan gulanya iaitu 25 sudu dalam setiap hidangan air anggur bersaiz venti, dan air buah berperisa oren dan kayu manis.

Minuman-minuman lain pula mengandungi antara 20 hingga 22 sudu gula.

Minuman latte syarikat Costa Coffee mengandungi 20 sudu gula, sementara mocha syarikatKFC mengandungi 15 sudu gula, sama seperti coklat panas Starbucks.

Susulan kajian tersebut, Starbucks and Costa berjanji akan menurunkan kandangan gula di dalam minuman mereka agar lebih sihat.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.