Header Ads

Loading...

Kisah Disebalik Kartun Phineas and Ferb Yang Menyedihkan

Loading...
Ini adalah kisah benar disebalik pembuatan siri kartun Phineas and Ferb yang kita sering tonton di Disney Channel.

Berlatarbelakangkan daerah Denville, Amerika, dua orang budak berusia 8-10 tahun bermain dan mencipta sesuatu di halaman belakang rumah merek. Penciptaannya atas kewajaran seorang kanak-kanak pada umumnya. Mulai dari rollcoaster, robot raksasa, hingga bangunan yang menjulang tinggi hingga ke bulan.

Jika anda menyaksikan kartun ini, setiap kali Candace, kakak kepada Phineas dan Ferb mengadukan ciptaan adik-adiknya kepada ibunya, selalu sahaja ciptaan yang megah itu menghilang. Setiap kali. 

Candace selalu rasa terganggu dengan ciptaan adik-adiknya. Sehingga, dia selalu menunjukkan watak yang garang dan tegas terhadap adik-adiknya. Candace selalu mengalami tekanan apabila tidak mampu menunjukkan perangai dan ciptaan adik-adiknya itu kepada ibunya.

Kisah Benar Disebalik Animasi Phineas and Ferb

Sebenarnya siri kartun ini membawa kita ke dalam imaginasi seorang gadis yang menderita penyakit Schizophrenia, yang dialami Candace Flinn. Benar, Candace Flinn sebenarnya menderita penyakit Schizophrenia.

Schizophrenia adalah masalah gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, mempengaruhi fungsi normal kognitif, emosi dan tingkah laku. la adalah gangguan jiwa psikotik paling lazim dengan ciri hilangnya perasaan efektif atau respons emosi dan menjauhkan diri dari hubungan antara peribadi normal. Penyakit ini sering kali diikuti dengan delusi (keyakinan yang salah) dan halusinasi (persepsi tanpa ada rangsangan pancaindera).

Kisah Disebalik Kartun Phineas and Ferb Yang Menyedihkan

Kisah nyata disebalik animasi Phineas and Ferb ini adalah seorang gadis bernama Candace Downing. Seorang gadis bijak kelahiran tahun 1993 di Rusia yang memiliki dua orang adik yang juga hyperaktif yang dalam khayalannya, sering membuat sesuatu ciptaan yang keterlaluan.

Adiknya memang sering membuat ciptaan tetapi bukan sesuatu yang megah dan keterlaluan seperti yang digambarkan olehnya. Tetapi, Candace merasakan bahawa adiknya membuat hal lain yang biasanya dilihat sangat berbahaya seperti dalam siri animasinya.

Oleh kerana selalu dilihat olehnya, Candace menceritakan khayalannya itu kepada ibunya. Ibunya risau, dan memeriksa kesihatan Candace pada doktor Psikologi yang pada siri kartun digambarkan sebagai doktor dengan baju makmal yang jahat, Dr. Heinz Doofenshmirtz. Malah, platypus peliharaannya, Perry adalah agen rahsia yang merupakan seekor anjing. Cukup hebat bukan imaginasi gadis ini?

Kisah Nyata Disebalik Phineas and Ferb Yang Menyedihkan

Ubat penenang yang dinamakan, Zoloft terpaksa diberikan kepada Candace. Namun, khayalan Candace semakin menjadi-jadi. Kemudian dia seakan ketagihan ubat itu. Walaupun sejak kecil Candace merupakan anak yang periang, namun dia sering cemas untuk ke bangku sekolah kata ibunya.

Sampai suatu hari, pada Disember 2007, ketika ibunya datang ke bilik anaknya itu dan trauma melihat Candace mati dengan menggantung diri. Selesai majlis pengebumian, ibunya telah menemui buku dairinya dan terharu melihat betapa banyaknya cerita khayalan tentang adik-adiknya yang dia tuliskan.

Lalu ibunya meminta untuk dibuatkan siri kartun untuk mengenang anak gadisnya itu. Ibunya kini bergiat aktif dalam kumpulan gerakan membantu kanak-kanak yang turut mengalami masalah mental seperti anaknya.

Begitulah kisah nyata disebalik siri animasi kartun Phineas and Ferb yang sungguh menyedihkan.

Tonton video Kisah Disebalik Kartun Phineas and Ferb Yang Menyedihkan di bawah.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.