Harmony Of The Seas, Bandar Terapung Yang Awesome (Video)
Loading...
Harmony Of The Seas, kapal persiaran terbesar dunia dengan berat 227,000 tan berharga RM4.7 bilion akan memulakan pelayaran sulungnya dari Southampton, England, minggu depan.
Kapal itu mempunyai tujuh kawasan ‘kediaman’ seperti apartmen 10 tingkat, 16 restoran, 23 kolam renang, taman tema air serta panggung dengan 1,300 tempat duduk, 52 pokok, kasino serta kawasan rekreasi.
Ia mempunyai 3,000 bilik yang hampir semuanya ada balkoni, dengan harga bermula RM5,247 seorang untuk pelayaran selama seminggu sehingga RM16,093 bagi bilik mewah.
Ia sepanjang 362 meter kaki iaitu 100 meter lebih panjang berbanding Titanic, selebar 65.6 meter dan boleh membawa 6,780 penumpang dan 2,100 kru dari 77 negara.
Ahad ini, ia akan membuat pelayaran sulung selama empat hari ke Rotterdam, Belanda, sebelum ditempatkan di Barcelona untuk pelayaran musim panas dalam bulan ini di Mediterranean.
Tiada ulasan: