Didakwa Selekeh Lepas Kahwin, Ini Luahan Adira
Loading...
SELEPAS mendirikan rumahtangganya, Adira AF sering dikritik kerana imejnya yang dikatakan terlalu selekeh dan bagi Adira, perkara itu tidak menjejaskan kehidupannya.
Ini kerana dia sedia maklum apa yang dilakukan tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak lapor Mynewshub.
“Biarlah apa orang nak cakap sebab sebagai manusia, kita tidak mampu menutup mulut orang.
“Sebagai anak seni, ia adalah lumrah untuk menerima kutukan.
“Pada hakikatnya, bukan semua yang dilemparkan itu adalah kata-kata pujian.
“Pasal gaya pula, saya suka warna hitam dengan gaya minimalis. Mungkin sebab ini setiap kali saya keluar, nampak sama.
“Saya tahu bagaimana untuk menjaga nama suami dan status selebriti saya,” katanya kepada BH Plus.
Tambah Adira, dia lebih selesa berpenampilan sederhana dan dia turut mengakui tidak pandai bergaya seperti rakan artis yang lain.
Tiada ulasan: