Berjaya Tangkap Penjenayah Guna Aplikasi Find My Iphone
Loading...
SEORANG pengguna Facebook, Hamizan Komeng berkongsikan kisah bagaimana dia berjaya menjejaki semula penjenayah yang memecah masuk rumahnya, dengan hanya menggunakan aplikasi peranti pintar.
Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad (22 Mei) di Rembau, Negeri Sembilan itu, mangsa bersama ahli keluarganya sedang tidur nyenyak dan dikatakan langsung tidak mendengar sebarang bunyi ketika pintu rumahnya dikopak oleh penjenayah.
Antara barangan yang hilang ialah dua peranti iPhone, dua iPad dan wang tunai berjumlah RM1,500.
Lebih mengejutkan, kumpulan penjenayah yang dipercayai pengamal ilmu sihir itu turut makan lebihan makanan yang berada di ruangan dapur rumah tersebut.
Hamizan, kemudiannya menyedari dia telah memasang sebuah aplikasi khusus pada iPhone kakaknya yang dapat menjejak semula telefon hilang.
Aplikasi yang dikenali sebagai Find my iphone ini akan memberi maklumat mengenai lokasi peranti itu dilarikan dengan berpandukan sokongan GPS yang dintergrasikan.
Di bawah kami kongsikan pengalaman saudara Hamizan, bersama bantuan pihak polis dan rakan-rakannya menjejaki rumah penjenayah terbabit yang mana secara tidak langsung telah membantu pihak polis dalam menangani isu jenayah pecah rumah yang semakin berleluasa.
RUMAH KENA PECAH MASUK KETIKA TIDUR. (22/5/2016)
Alhamdulillah, asbab Iphone, pencuri berjaya ditangkap! #SHAREkan
Aku sedar yang rumah telah di pecah masuk ketika aku solat subuh tadi, pintu utama telah di pecahkan. Barang yang hilang 2 biji iphone, 2 ipad dan wang tunai rm1500.
Yang paling hebat pencuri tersebut sempat makan makanan di dapur ketika kami sekeluarga tidur. Ayah aku kata ini ilmu pukau.
Nasib baik hp akak aku yang di curi masih boleh detect location pencuri tersebut. Aku detect guna "find my iphone"
Aku call kawan aku Zukermi, Aiman dan Taufid minta bantuan. Sebab aku nak pergi sendiri tak berani. Hehe.
Jadi kami bergegas ke location bersama. Bila hampir sampai di location, location tersebut berada di sebuah rumah. Takkan kami nak pecah masuk kan? Jadi kami minta bantuan polis berdekatan.
Bila polis sampai, baru lah kami kesan bunyi iphone tu berada di mana. Akhirnya bunyi di dalam rumah yang kami follow location tersebut. Jadi pihak polis pecah masuk rumah tersebut. Selepas di soal siasat, lebih 10 buah rumah telah di pecah masuk bulan ini sahaja di rembau.
Alhamdulillah. Terima kasih iphone, polis rembau dan rakan2.
Untuk yang pakai iphone boleh guna salah satu apps di bawah
- Find my iphone
- Prey
- iLostFinder Anti-theft
Untuk Android boleh guna salah satu apps di bawah
-Android Device Manager
-Family Locator
-Cerberus
-Prey Anti-Theft
-Where's My Droid
*Aku sengaja tutup muka sebab dia dah pun berjaya diberkas pihak Polis. Jadi aku nak tutup aib dia, insyaAllah Allah swt tutup aib aku pula nanti.
Tapi kalau dia masih diburu Polis, aku akan buka muka dia siap zoom 20x.
#Rembau #SemogaMembantu - Hamizan Komeng
Tiada ulasan: