“Beginilah Cara Saya Melancong Ke London Dengan Bajet RM1,800”
Loading...
BAJET TRAVEL : RM1,800
Westminster Abbey Big Ben - London Eye - Emirates Arsenal - Stamford Bridge Chelsea - London Bridge - Tower Bridge - Buckingham Palace - Trafalgar Square - National Gallery - Windsor Royal Shopping - West Ham - Malaysian Hall - Old Trafford Manchester - Etihad Manchester City
- Tiket Flight Promo (Qatar Airways)
Ramai yang bertanya "Berapa kau habis pergi UK" saya jawab RM1,800 & total RM4,100 termasuk flight. Wow kenapa murah!? Ya, Jujur sebelum ini saya ada plan sendiri untuk pergi ke UK dan setelah kira2 kos keseluruhan tersebut adalah RM12,000 (RM5,000 Flight Sahaja). Mcm mana boleh pergi dengan hanya total RM4,100 sahaja inc.flight? Tambah lagi duit kita tengah jatuh sekarang hehe
Jawapannya di Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Setelah mengumpul & pelajari dari group BBM saya dan rakan saya Izzül Irfan dan dibantu oleh kak Mardhiah Md Zakir ingin berkongsi pengalaman tips ketika travel ke London & Manchester dengan bajet yang rendah.
1. Rancang trip sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berangkat.
2. Beli flight yang tengah promote seperti Vietnam Airlines atau Royal Jordan Airways (banyakkan buat research) Contohnya Kos flight return KLIA - UK standard adalah RM5,000 tapi Vietnam Airlines hanya RM1,800-RM2,500 sahaja (book awal).
3. Rancang tempat yang ingin pergi. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan.
4. Jangan tinggal di Hotel 3 & 4 Bintang sebab kita nak tidur je, Sebaiknya booking tempat tido semurahnya cth hostel (rm75/semalam) atau bayswater (RM120/semalam) berdekatan dgn bus station & underground tube.
5. Tetapkan bajet perbelanjaan sebelum memulakan trip (kalau boleh bawa lebih dari bajet jika ada emergency)
6. Tukar duit di Malaysia terlebih dahulu kerana lebih murah berbanding di luar negara.
7. Gunakan public transport kerana public trasport di sana jauh lebih murah. Contohnya dengan hanya £20 anda boleh gunakan Underground Tube (Train Bawah Tanah) selama seminggu.
8. Jimatkan perbelanjaan makanan, Kalau boleh stanby Maggie sebanyak boleh, kat Malaysia pon ada Spagetti Chicken Chop hehe
Setiap orang boleh pergi tempat yang diinginkan dengan bajet yang jauh lebih murah dengan cara Backpackers sahaja! Saya sudah merelesasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di UK dengan bajet jauh lebih murah dari yg apa yang difikirkan, Anda bila lagi? - Syafiq Farhan
Tiada ulasan: