‘Adakah Derhaka Isteri Tak Bagi Suami Kahwin Lagi?’ Ini Jawapannya.
Loading...
TANYALAH pada mana-mana wanita yang sudah bergelar isteri, pasti tiada seorang pun yang mahu dimadukan oleh suami.
Namun, atas rasa hormat dan sayang pada suami dan hukum agama itu sendiri, ada juga isteri yang sanggup berkongsi kasih meskipun hati pedih menerimanya.
Paling menyedihkan, apabila ada segelintir lelaki yang mahu berpoligami dengan mudah menceraikan wanita yang selama ini susah senang dengannya hanya kerana berasakan si isteri layak ditinggalkan kerana telah derhaka pada suami, dek kerana tidak mengizinkan hal tersebut.
Penceramah Ustaz Ebit Lew menjawab persoalan ini, apabila beliau telah ditanya perihal sama oleh seorang suami yang mengadu kepadanya tentang keengganan si isteri membenarkan dia berkahwin lagi.
Bapa kepada 3 anak itu turut memberitahu, isterinya telah menderhaka terhadapnya kerana menidakkan hak sebagai seorang suami yang boleh berkahwin empat.
Malah, dakwa lelaki ini, isterinya itu juga tidak balik ke rumah hampir dua minggu kerana bertegas tidak membenarkan dia berkahwin lain.
Ustaz Ebit Lew yang sedih mendengar situasi itu telah memberi sedikit pandangan dari sudut agama dan psikologi:
Jawab saya apa yang wajib kita bimbing mereka. Iman yang betul. Solat awal waktu. Kenal Sunnah Nabi saw. Jaga agama. Taat suami. Buat dakwah. Tutup aurat. Didik anak dengan sunnah Nabi saw dan sederhana. Bawa fikir agama. Islamkan 5 bilion manusia. Kalau mereka tak solat mereka masuk neraka. Tapi kalau suami mereka tak poligami mereka masuk neraka ke? Tidak…. Kadang-kadang memilih apa yang lebih utama itu penting. Rasulullah saw nak semua orang masuk syurga. Takkan kita biarkan isteri kita masuk neraka.
Jika sehingga terpaksa ceraikan isteri maknanya abang tak mampu. Semua kewajiban mereka buat dan mereka akan masuk syurga. Tapi cuma sebab mereka tak taat 1 perkara kita letak mereka dalam derhaka. Ingatlah satu perkara tak dapat kahwin lain juga pasti satu ketentuan Allah. Pasti tiada yang tak sangaja. Urusan dan ketentuannya. Pasti ada kebaikan. Isteri kita buat silap kita maafkan kerana Allah. Tetapi janganlah kita yang buat silap itu. Kita lelaki dan ketua rumahtangga.
Suami yang mencintai isterinya dan ada fikir agama tidak akan pernah hukum isterinya derhaka selagi dia tak menduakannya. Memaafkannya atas kekurangan lain. Begitu juga seorang ibu yang baik tidak akan memberi hukuman derhaka pada anaknya. Bahkan seorang suami yang baik akan terus membimbing dan sayang isterinya supaya isterinya masuk syurga.. tidak akan melepaskannya hanya kerana 1 perkara yang belum pasti..
Bagaimana seorang yang beragama tergamak ceraikan isteri yang bersamanya ketika susah, menangis bersamanya selama ini,yang jaga anak-anaknya dan taat selama ini serta kita telah beri mereka sejuta janji hanya kerana seorang wanita lain yang baru dikenalinya.
Bagaimana kita boleh bahagia dengan kita hancurkan hati isteri amanah Allah selama ini. Tak teringat ke wajah anak-anak abang 3 orang. Apa pandangan mereka pada abang jika ibu mereka diceraikan kerana seorang wanita. Mereka akan benci ayahnya. Jika ayahnya orang baik, mereka akan kata esok saya besar saya tak mahu kahwin orang macam ayah saya yang pergi masjid.
Poligami melibatkan bukan seorang bahkan melibatkan tiga orang. Ia perkara mulia dan kemuncak taat seorang wanita. Ramai wanita yang mampu. Lagi ramai yang tak mampu tetapi jika ia memudharatkan diri dan mereka rasa tersiksa dan menangis sepanjang hari di mana hati dan perasaan seorang suami.
Buat yang telah laluinya. Berlaku adil lah kerana Allah. Ia amanah Allah yang sangat besar. Isteri saling bertolak ansur dan saling mendoakan satu sama lain. Poligami satu perkara yang sangat mulia. Sedar ia perkara yang halal dan mulia. Tetapi tak semua orang mampu. Terimalah hakikat itu.
Setelah mendengar nasihat yang diberikan Ustaz Ebit Lew, lelaki itu ternyata insaf dan berjanji akan membetulkan apa yang berlaku termasuk membaiki dirinya. Dia juga mahu merujuk semula dengan isterinya.
Tiada ulasan: