Header Ads

Loading...

6 Kelebihan Punya Kekasih Gemuk, Jangan Sedih Lagi

Loading...
Kalau badan korang gemuk tapi suami pula kurus atau sado, jangan rasa rendah diri. Abaikan kata-kata bahawa anda tak sepadan atau komen orang sekeliling yang meminta anda menguruskan badan, bimbang suami cari lain.

Kenapa perlu susah hati, kalau pasangan sendiri tak kisah pun tentang bentuk badan anda. Malah suka dengan penampilan tubuh yang berisi dan comel ini. Asalkan sihat, tiada penyakit tak kisah lah kan.

Tapi juga kalau ada juga yang mengata anda tentang perkara ini, sila beritahu mereka bahawa punya pasangan yang gemuk ada kelebihan tersendiri. Antaranya mereka ini takkan berkira bab makan, ha ini memang bahagia bukan? Di samping itu ada tujuh lagi bonus memiliki pasangan yang gemuk. Baca ni ok, jangan sedih-sedih lagi ya.

Kelebihan Memiliki Pasangan Gemuk, Anda Sangat Bertuah

1. Tak malu kalau makan banyak

Jika suami gemuk dan makan banyak anda tentunya tak akan rasa malu atau segan untuk makan bertambah bila lapar. Sebab dia pun sama, tiada yang nak menjeling atau ketawakan anda. Nak pesan piza lepas makan nasi pun tiada masalah. Dia ok jer.

2. Ada peneman makan jajan

Bila berjalan di kompleks membeli belah dan rasa nak makan kudap-kudapan ada saja yang sudi teman. Ais krim, burger, kuih muih dia pun akan layan sama. Kalau pasangan yang jaga badan mesti berkira-kira nak singgah.

3. Suka cuba makanan dan tempat makan baru

Dengar saja ada tempat makan best, atau lain dari yang lain, dia akan jadi orang pertama ajak anda mencubanya. kalau anda sendiri memang jenis suka mencuba, menjadi saja rancangannya. Selalunya ini menjadi hobi yang dikongsi dengan pasangan.

4. Makanan tak dicatu  

Pasangan anda yang gemuk mungkin diet tapi tiadalah sampai ikat perut. Dia faham bagaimana keadaannya jika dalam keadaan lapar. Dia makan tapi tahu hadnya. Bagi pasangan yang kurus kerana diet pula, kemungkinan besar makanan suami pun dicatu. Atau dia sendiri enggan masak kerana mahu diet. Parah nih.

5. Senaman santai

Kecuali kalau si dia obses untuk kurus, pasangan yang gemuk selalunya bersenam santai saja. Tiada senaman ketat dua jam setiap hari di gimnasium sehingga mengurangkan masa untuk famili.

Takkan komen tentang makanan berlemak

Ada sesetengah pasangan yang jaga badan akan komplen bila disajikan makanan tinggi lemak atau kalori. Tapi pasangan yang gemuk, biasanya belasah saja. Anda yang masak pun tak kecil hati kan malah suka bila tengok pasangan makan penuh selera. Tak rugi masak.

6. Dia terima anda seadanya

Jika dia tak kisah dan tak mengeluh atau membandingkan tubuh anda yang gemuk dengan orang lain, kemungkinan besar dia menerima anda seadanya. Dia juga mungkin lebih melihat kelebihan hati atau dalaman anda. Ini lebih berharga sebenarnya.

Setuju tak dengan kelebihan ini? Tapi dalam pada itu perhatikan juga apa yang dimakan, jangan berlebihan takut bawa mudarat pula. Gemuk atau berisi sedikit tiada masalah jangan sampai obes, bimbang penyakit datang.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.