Header Ads

Loading...

5 Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia Yang Telahpun Digunakan

Loading...
Merupakan senjata yang bersifat untuk membunuh musuh dan mengakibatkan kerosakan yang teruk bukan sahaja pada persekitaran malah pada mangsa.

Amerika Syarikat dan sekutunya pernah menggunakan senjata kimia yang dikenali sebagai “agen orange” ketika perang Vietnam.

Selain itu, Israel juga pernah menggunakan Fosfor Putih ketika menyerang orang awam Palestine.

Senjata kimia ini sangat berbahaya jika terkena orang awam yang tiada apa-apa alat perlindungan khas kerana akibatnya mangsa akan maut selain mengalami cacat kekal dan kerosakan serius pada kulit.

Berikut ini adalah 5 jenis senjata kimia yang sangat menakutkan tetapi pernah digunakan dalam peperangan.

Inilah 5 Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia Yang Pernah Digunakan

1. VX

Racun berbahaya ini dalam bentuk cair dan wap, dapat menyerang sistem saraf pusat. Bahan kimia ini dianggap 100 kali lebih beracun melalui sentuhan terhadap kulit daripada saraf, dan dua kali lebih berbahaya melalui pernafasan. VX dapat menyebabkan kematian beberapa minit setelah terkena. Bahan kimia itu mematikan dengan menyerang otot yang dikendalikan dalam keadaan aktif sehingga otot lelah dan tidak dapat bernafas lagi.

2. Sulfur Mustards

Gelembong dan berunsur perantara alkali. Bahan kimia ini tak berwarna, namun secara umum berwarna kuning hingga coklat dan sedikit berbau mustard atau bawang putih. Sulfur Mustards menyebabkan luka pada kulit, mata dan saluran pernafasan. Tidak ada penawar racun atas keracunan sulfur mustard jika terkena. Hanya dengan sepuluh miligram bahan kimia ini dapat membunuh ramai mangsa.

3. Sarin

Komponen ini sangat beracun baik dalam bentuk cair atau pun gas, menyerang sistem saraf pusat dan dapat menyebabkan kematian hanya dalam beberapa minit setelah terkena. Bahan ini memasuki tubuh melalui pernafasan, pencernaan, mata dan kulit.

5 Senjata Kimia Paling Berbahaya Di Dunia Yang Telahpun Digunakan

4. Chlorine

Gas kuning kehijauan dengan bau tajam ini lebih berat dari udara. Bahan ini bereaksi dengan berbagai bahan organik, menimbulkan api dan ledakan keras. Menimbulkan kesan korosif pada mata dan kulit. Penyebaran melalui udara menyebabkan sukar bernafas dan edema paru-paru. Kesan paling kuat akan menyebabkan kematian.

5. Hydrogen Cyanide

Sangat mudah terbakar, tidak berwarna dalam bentuk gas ataupun cecair. Dalam keadaan terbakar ia menyebarkan racun. Dapat menimbulkan iritasi mata, kulit dan saluran pernafasan. Bahan ini dapat menyerang sistem saraf pusat sehingga peredaran darah tidak berfungsi.

Itulah antara senarai senjata kimia yang sangat berbahaya, jika tidak dikawal akan mendatangkan musibah besar jika berlaku perperangan. Sama-sama kita doakan agar tidak berlaku lagi perang melibatkan senjata kimia kerana kesannya amat dasyat sekali.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.