Header Ads

Loading...

PAKEJ MAXIS DIKATAKAN MAHAL DAN TIDAK MASUK AKAL

Loading...
Seorang lelaki, MC Thomas Voon meluahkan rasa kecewanya terhadap Maxis apabila syarikat komunikasi itu didapati menjual pakej mahal dan tak masuk akal berbanding syarikat pesaingnya. 

Menerusi Pixelperfext, kami kongsikan kepada anda luahan MC Thomas Voon dan semoga kisah beliau memberi manfaat kepada anda terutama yang melanggan pakej Postpaid daripada Maxis.

PAKEJ MAXIS DIKATAKAN MAHAL DAN TIDAK MASUK AKAL

Kepada Maxis, 

Saya masih ada 12 bulan kontrak dengan pihak anda. Pelan yang saya langgan ialah One Plan, caj bulanan sebanyak RM128 + RM30 (1GB) + GST 5% = RM167.48. 

Selepas viralnya di media sosial mengenai sikap double standard Maxis dalam jualan pakej yang sama tetapi harga yang berlainan bagi bahagian timur dan barat Malaysia, saya mula membuat pengiraan. 

PAKEJ MAXIS DIKATAKAN MAHAL DAN TIDAK MASUK AKAL

Saya mengambil keputusan untuk berhenti melanggan pakej Maxis. 

Puncanya? Mudah saja. Pesaing Maxis menawarkan pakej yang lebih baik. Panggilan tak terhad, ditambah pula dengan 10GB data internet hanya dicaj sebanyak RM80 + GST 6% bersamaan RM84.80 dan tiada sebarang kontrak dikenakan. 
Jika saya masih terus menggunakan perkhidmatan Maxis untuk 13 bulan lagi, sudah pastinya saya adalah manusia yang bodoh, yang perlu membayar bayaran tambahan RM364.72 dan hanya mendapat 4GB data internet setiap bulan bagi tempoh 13 bulan akan datang. 

PAKEJ MAXIS DIKATAKAN MAHAL DAN TIDAK MASUK AKAL

Jadi, petang ini saya mengambil keputusan untuk melanggan perkhidmatan Celcom. Maxis mengenakan penalti sebanyak RM712.10. Ambillah wang itu dan berambus! 

Selamat tinggal! Maxis tidak menghargai pelanggan setia mereka dan Maxis tidak layak mendapat sokongan dari rakyat Malaysia kerana bersikap 'double standard' dengan menjual pelan yang sama dengan harga yang berbeza.

13 ulasan:

  1. Mmg betul pun sebab saya penah pakai M ni memang mahal
    saya jarang pakai pun bil tetap naik smpai rm 150++!!
    padahal itu bulan prtama saya pakai.. lepastu makin naik ke rm 230 pulak
    saya pun geram, saya "serang" M center tu tapi apa yg saya dapat cume layanan yg mcm sampah je.. dorg cume ckp dorg x tau mcm mana bill boleh naik smpai mcm tu sekali n saya terus buat report polis

    BalasPadam
    Balasan
    1. knpa smpai mcm tue sekali? mahal gila klu sy la dah berperang kat M center lantak la orang nak cakap apa sebab kita nak kan kepastian. tak masuk akal kalau bill mahal mcm tu!

      Padam
  2. Bukan main marah lagi hahaha.. saya pun pernah kena mcam saudari ni
    tapi sekarang sy dah jumpe solusi tau utk masalah awk ni
    kawan2 sy rekemenkan celcom first gold..
    murah je tau rm 80 dapat 10gb berbanding M awk tu kan bayor rm128, dpt 10gb tapi internet slow kan.. hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. woww sy ingat segelintir je rakyat Malaysia yg kena kencing dgn Maxis? sekali ramai lagi dahhhh.. hahaha sy pun salah sorg dari pengguna tegar Maxis dulu tapi sy dah tukar ke digi cuma bila sy pakai digi, coverage dia tak berapa ada nak ada lah.. jadi apa yg sis pakai ye ? sy nak tukar ke postpaid yg semenggah siket hehehe

      Padam
    2. saya dah guna celcom first gold yg mcm kat article ni tulis
      memng tak mengecewakan tu pun lepas byk org rekemen kan dekat saya
      kalau dulu sy pakai D memamng harga semua sama fungsi pun sama cuma D carry forward data internet yg sy tak pakai tu siket sgt.
      kalau first gold ni, boleh carry forward sampai 5gb..

      Padam
    3. first gold? buat apa promo benda yg dah lepas
      kwn2 sy ramai yg pkai platinum la tapi tu la rugi sekarang
      sebab tak pakai first gold

      Padam
    4. hmm tanpa nama, first gold dah lama extend promotion dorg tau
      awk x kan tau? first gold murah siket lagi pun rm 80 dpt 10gb.. 10 gb tu dah byk tau.. platinum 18gb rm 150.. hmm kalau awk mampu pakai je laa platinum hehehe

      Padam
    5. oh dorang dah extend ke? sampai bila? oh ye ke lagi mahal dar first gold gb banyak2 pun nak buat apa kan.. tapi 10 gb pun dah banyak bagi sy sebab sy bukan nye heavy user pun..

      Padam
    6. ehhhhhh saya pun bukan heavy user jugak tapi paling koman pun, baki data saya 4-3gb lepas tu data tu nanti celcom akan carry forward ke bulan depan.. so, dah boleh jadi tabung dah kumpul data byk2 haahaha..
      Cuba laa pakai first gold sebab esk peluang terakhir awk nak beli first gold..

      Padam
    7. rm 80? sama macam digi jugak lah harga dia.
      tapi cas GST dah termasuk ke belum dalam rm 80 tu?
      hari terakhir? bila hari terakhir promo dia? kalau kita subcribe lpas tarikh promo dia, harga jadi lain ke sis?

      Padam
    8. ouhhh boleh carry forward ke bulan depan.. ingat dia burn mcm tu je data yg lebih2 tu.. kalau mcm tu boleh pakai lah first gold hari ni last pulak tu heehe

      Padam
  3. harga sama cume plan dia lain siket.. D boleh carry forward maximum 2gb je kalau first gold 5gb tau nasuha tahar.. lepas tu D cume ade unlimited call je.. first gold unlimited calls & sms.. lagipun org dah byk complain yg D pnye coverage susah nak dpt kejap ade kejap tak ade.. so, awk dah boleh compare dah kat situ.. better pegi skrg signed up first gold sebab hari ni dah last.. =)

    BalasPadam
  4. Alaaaa... kenapa saya lambat baca.. hari ni last.. tak ape
    nanti lunch hour boleh keluar opis jap nak subcribe first gold.. =)
    thanks ye for information.. hehehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.