Header Ads

Loading...

TAHNIAH! AKIM DAN STACY BAKAL NIKAH FEBRUARI 2016

Loading...
Akim dan Stacy nikah Februari 2016 | Pasangan Akim dan Stacy telah bersetuju untuk memilih bulan Februari depan sebagai tarikh untuk mereka bernikah dan seterusnya mengadakan majlis perkahwinan.

“Setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Keluarga banyak menguruskan persiapan kami kerana masuk sahaja penghujung tahun banyak kerja dan persembahan yang begitu padat”

Pernikahan Akim dan Stacy bakal berlangsung pada Februari 2016

Oleh itu keluarga kami banyak mengambil alih untuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan kami,” kata Akim yang ditemui selepas selesai sahaja membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 30 malam kelmarin memetik Rotikaya.

Menurut Akim tarikh perkahwinan disegerakan adalah untuk mengelakkan perkara-perkara negatif timbul selain turut mendapat syarat green light daripada kedua dua belah pihak keluarga.

“Keluarga menasihati untuk menyegerakan urusan perkahwinan, lagipun kami sudah mengenali selama 6 tahun, jadi perkahwinan awal ini juga untuk mengelakkan perkara-perkara negatif serta sudah mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak keluarga,” kata Akim yang sudah berkenalan dengan Stacy selama 6 tahun.

Majlis perkahwinan Akim dan Stacy akan diadakan di Sabah dan juga di Johor pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sementara itu, pada minggu kedua menyaksikan lagu ‘Potret’ nyanyian Akim & The Majistret komposer Hang Nadim yang liriknya ditulis oleh Kamar Empayar diumumkan sebagai lagu terbaik.

Walaubagaimanapun keputusan itu belum pasti melayakkan lagu tersebut ke pentas AJL 30 kerana 9 buah lagu lagi akan mempersembahkan kehebatan mereka di satu siri lagi Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 pada minggu hadapan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.