PUNCA GRADUAN RAMAI MENGANGGUR TERBONGKAR
Loading...
Inilah punca ramai graduan menganggur | Kadar pengangguran tinggi di kalangan graduan Malaysia adalah disebabkan kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris serta mengharapkan gaji yang tinggi.
Sebab: Permintaan gaji yang tinggi
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh JobStreet.com, sebanyak 68 peratus majikan berpendapat permintaan gaji tinggi yang tidak masuk akal menyukarkan graduan untuk mendapat pekerjaan.
Sebab: Lemah dalam Bahasa Inggeris
Sementara itu, 64 peratus la menyatakan lemah dalam Bahasa Inggeris menjadi punca kadar pengangguran yang tinggi di kalangan lepasan universiti.
Tinjauan mendedahkan 60 peratus graduan mengharapkan gaji pertama mereka bermula dari RM3,500 manakala 30 peratus lagi mengharapkan gaji setinggi RM6, 500.
Mengikut purata gaji yang ditawarkan kepada graduan baru hanyalah di antara RM2, 100 hingga RM2, 500.
Dari kajian tersebut, majikan juga mendapati graduan baru terlalu memilih pekerjaan, lemah dalam komunikasi dan menunjukkan watak yang kurang senang semasa temuduga.
Tiada ulasan: