PENTING! PERKARA YANG ISTERI PERLU TAHU KETIKA BERSAMA DENGAN SUAMI
Loading...
5 Perkara Isteri Perlu Tahu Mengenai Suami Ketika Melakukan Seks | Hubungan seks adalah salah satu medium untuk pasangan suami isteri lebih memahami diri pasangan mereka. Selain untuk mendapatkan zuriat, seks juga seharusnya menjadi aktiviti yang menggembirakan pasangan.
Dan wanita perlu memahami bukan menghukum atau melabel pasangan. Fahami mereka, tentu ada rahsia dan kehendak yang terlindung. Buat wanita, anda perlu tahu perkara ini.
Suami Suka Pujian
Sama seperti perempuan, suami juga sukakan pujian, lebih-lebih lagi tentang prestasinya di bilik tidur. Jadi, sebagai pasangan usah kedekut pujian, kerana anda juga yang menerima tempias kesannya. Pabila dipuji tentu mereka akan memperbaiki prestasi dan dalam masa yang sama sifat tolak ansurnya berganda dan tidak mementingkan kepuasan sendiri. Tetapi usah berlebihan atau terlalu kerap memuji kerana bimbang pujian anda sudah hilang keistimewaannya.
Suami Takutkan Hubungan Intim
Siapa kata semua suami taksub kepada seks. Ada juga yang berasa kurang yakin dan bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab di kamar tidur. Perasaan ini sering melanda mereka yang bakal atau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Informasi tentang seks yang salah dan mengelirukan misalnya, menggandakan lagi rasa takut itu.
Suami Juga Mahu Berkongsi
Di kamar tidur suami tidak mahu wanita berasa mereka adalah pemegang kuasa mutlak segala aktiviti di sini. Mereka bukan diktator yang memaksa pasangan menurut arahan semata. Mereka sebenarnya mahu pasangan berkongsi idea untuk menghangatkan lagi hubungan. Dan sebagai wanita gunakan peluang ini untuk merealisasikan apa yang anda bayangkan selama ini.
Suami Juga Punya G-Spot
Wanita perlu bukakan minda, rangsangan lelaki kepada seks tidak hanya pada organ seksnya semata. Mereka juga punya bahagian tertentu yang bisa mengundang kebangkitan berahi mereka. Anda perlu mencari dan pelajarinya melalui pengalaman bersama. Mungkin di leher, bibir, pinggang atau di mana-mana sahaja. Anda perlu carinya sendiri!
Suami Menghargai Seks
Lazimnya hubungan seks dikaitkan sebagai satu aktiviti untuk memenuhi fitrah manusia semata. Namun jika anda memberi ruang untuk melihat seks dalam konteks yang lebih luas, sebahagian suami menganggap hubungan intim itu adalah satu keraian, dan ia punya hubung kait dengan perasaan atau mood manusia. Pabila berasa gembira, suami meraikannya dengan seks misalnya. Jika tidak masakan wujud istilah bulan madu, ia adalah satu keraian anda sebagai pengantin baru.
Tiada ulasan: