Header Ads

Loading...

KENAPA PENTING MAKAN UBAT CACING ?

Loading...
Khas Untuk Mereka yang Lupa Makan Ubat Cacing | Assalamualaikum. Kali ini sekali lagi saya mahu mengingatkan semua akan kepentingan mengambil ubat cacing. Seringkali saya bertanya kepada orang yang meminta consultation saya. Terutama bila mereka bertanya kepada saya;

  1. Kenapa saya mengambil apa-apa supplement/vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya? 
  2. Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk, walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
  3. Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
  4. Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.


Bila kali terakhir anda makan ubat cacing?

Dan banyak lagi simpton cacing banyak di dalam tubuh badan manusia.

Dari sudut perbidanan kampung, dari ilmu yang saya perolehi dipercayai setiap 15hb -21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia. Walaupun tidak terbukti secara perubatan moden, saya percaya akan maklumat ini berdasarkan pelbagai pengalaman. 

Ini juga salah satu cara bagi menjadikan badan sentiasa sihat dan bertenaga dengan memastikan pengambilan ubat cacing setiap enam bulan sekali.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.

Ramai kebanyakan orang bila saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu. Bayangkan, jika anda sudah berusia 40 tahun, pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!

Sekarang ini, bila kita mengambil ubat cacing, cacing takkan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.

Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan seperti mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Tanda-tanda kecacingan:

  • Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  • Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  • Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  • Alahan terhadap makanan
  • Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
  • Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  • Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  • Tiada selera makan, pucat,
  • Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  • Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  • Hiperaktif
  • Sakit kepala
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Gusi & hidung berdarah
  • Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)


Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.