Header Ads

Loading...

EH KENAPA DEMAND SANGAT PULAK NI ?

Loading...
Lelaki Dedah Rumah Anak Yatim yang Demand | Sebelum ini viral di laman sosial gambar sayu dari rumah anak yatim di Sungai Kantan, Kajang, yang memerlukan bantuan orang ramai. Dengan gambar yang menunjukkan keadaan tempat tinggal mereka itu, sudah tentu mengusik hati dan perasaan anda. 

Memetik laporan The Hype Media, anak-anak yatim ini memerlukan bantuan atau sumbangan dari segi pakaian, makanan dan ubat-ubatan. 

Namun, tidak sampai 24 jam gambar itu disiarkan, kami dihubungi oleh seorang individu yang mendedahkan perkara yang tidak enak dibaca mengenai rumah anak yatim ini. 

Orang Nak Bantu, Demand Pula

“Assalam, saya terpanggil untuk mesej pihak tuan berkenaan dengan rumah anak yatim Peribadi Mulia yang pihak tuan post semalam. 

“Sebelum ini, saya dan rakan-rakan ada pergi ke rumah tersebut bertanyakan keperluan. Kami sudah sedekah bermacam-macam, diorang minta freezer lah, TV lah, VCD lah dan kami pun tertanya-tanya di mana pentingnya semua benda yang mereka sebukan itu untuk anak-anak ini?

“Sebelum ini kami ada mendengar cerita bahawa rumah anak yatim ini menipu sebenarnya. Mereka ini bekas ahli Al-Arqam dan kebanyakan anak-anak itu adalah anak mereka. Wallahualaam. 

“Sukar untuk kami mempercayai cerita itu, jadi kami buat keputusan untuk menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ternyata jawapan yang diberikan oleh JKM tidak enak didengar. 

“Pihak JKM ketawa apabila saya sebut nama rumah kebajikan ini dan memberitahu bahawa banyak penipuan yang telah mereka lakukan. Mereka juga tidak berdaftar dengan JKM dan nombor pendaftaran yang ditunjukkan juga adalah tidak betul. 

“Saya dulu pun pernah viralkan pasal rumah ini seperti pihak tuan dan terpaksa saya delete kerana penipuan mereka ini. Salam dan maaf jika saya silap,” katanya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.