3.6 JUTA MEE SEGERA DI MAKAN RAKYAT MALAYSIA SETIAP HARI
Loading...
Rakyat Malaysia makan 3.6 juta mee segera setiap hari | Menurut laporan, rakyat Malaysia memakan 3.6 juta bungkus mee segera setiap hari, di mana 1.4 juta paket adalah di bawah jenama Maggi.
Ini bermaksud, masyarakat kita memakan sebanyak 511 juta paket mee segera setahun dan untuk tahun lepas sahaja, permintaan mee segera di sini mencapai 1.34 BILLION paket.
Ternyata jumlah yang anda lihat bukanlah satu jumlah yang sedikit, bukan? Bagi memenuhi kehendak permintaan tersebut, kilang Maggi yang terletak di Batu Tiga sentiasa berusaha keras agar bekalan sentiasa cukup untuk dipasarkan kepada pelanggan memetik Vitdaily.
Perkara ini dilihat menjadi kekuatan kepada Nestle untuk terus melabur di dalam industri makana di negara kita bagaimanapun bagi kami ini mungkin juga terjadi kerana perubahan ekonomi Malaysia yang memaksa sesetengah golongan untuk berjimat – dengan cara membeli makanan yang berkos rendah namun mengenyangkan.
Malah kami percaya dalam jumlah yang ramai ini juga, golongan pelajar adalah antara golongan yang menyumbang terhadap angka juta tersebut. Tidak salah jika anda mahu makan mee segera bagaimana pun harus diingat bahawa apa sahaja makanan yang diambil secara berlebihan akan memberikan kesan tidak sihat kepada tubuh badan.
Tiada ulasan: