Header Ads

Loading...

Lelaki Melayu Cari Jodoh Di Laman Sosial Viral

Loading...
Assalamualaikum. Tak pernah tulis macam ni. Serius malu sangat-sangat. Tetapi, mak ayah dah tanyakan, tak sempat nak mencari. Baru sekarang tersentak.

Mungkin Inilah Calon Suami/Menantu Yang Anda Sedang Cari

Izinkan saya memperkenalkan diri dulu ya.

1. Nama: Ubaidullah Jaafar
2. Umur: 25 tahun
3. Asal: Muar, Johor
4. Anak ke berapa: Anak pertama
5. Kelulusan Akademik: Degree Electrical Engineering UTHM.

Pemuda Malaysia Cari Jodoh Di Laman Sosial Viral

Bukan graduan Mesir, bukan Jordan semua. Last sekolah bahagian agama, masa tingkat 1 hingga tingkata 2 di SMA At-Tanwiriah. Akan sambung pengajian master tahun depan, inshaAllah. Sebelum itu nak kahwin dulu.

6. Kerjaya Part Time: Pengasas produk kesihatan wanita, penulis, pengajar sambilan dan pengasas produk digital.

7. Cita-Cita: Pensyarah

“InshaAllah sebab sangat suka mengajar orang,”

Sekarang cuma aktif bagi training pada pelajar universiti dalam bidang design poster dan juga aktif sebagai motivator. Selalu menyertai aktiviti sahabat Yadim, Johor.

Boleh memasak apa sahaja dan sudah bersedia mendirikan rumah tangga hujung tahun ini atau awal tahun depan. InshaAllah.

Sebab nak mendirikan rumah tangga?

Pelajar Jurusan Kejuruteraan Cari Jodoh Di Facebook

Kerana sudah bersedia, mahu melengkapkan diri. Impian ini sudah lama dirancang sebenarnya. Empat tahun yang lalu tetapi tiada kesempatan lagi. Tiada jodoh. Tambahan mak dan ayah sudah mula bertanya.

“Tiada bakal lagi ke? kalau tak ada, umi carikan,” kata umi.

“Jap, ubai tengah berusaha lagi ea umi,” kata saya.

Ciri-ciri yang dicari:

Berumur 18-24 tahun (bawah umur saya), sedia bernikah, orang Johor dialu-alukan.

Sebab saya dekat. Nanti raya senang. Lagipun saya akan sambung belajar. Tetapi kalau dah (jodoh) orang jauh, tak apa. Saya okay saja.

Ubaidullah Jaafar

Boleh menerima saya dan sama-sama memperbaiki diri ke arah lebih baik. Saya sedia jadi imam awak. Saya sedia jumpa mak ayah awak.

Kalau nak kenal lebih lanjut, boleh add saya Ubaidullah Jaafar atau like page saya, Ubaidullah Jaafar atau Instagram saya @ubaidullahjaafar. Tengok watak saya itu serasi atau tidak, barulah boleh PM saya.

Kalau tak nak berhubung terus dengan saya, ini sahabat saya:

Syuhadah Zaini

Nanti saya suruh kawan saya kenalkan bagi pihak saya ya. Terima kasih. Semoga Allah permudahkan. Selebihnya istikharah dan saya bagi mak saya pilih yang mana dia berkenan. - Ubaidullah Jaafar

(Update: Pemuda Ini Jawab Kritikan Pengkritik Selepas Akaun Facebook ‘Diserang’ Hebat)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.