Header Ads

Loading...

Didakwa Mahu Kahwin Lagi, Ini Luahan Fiza Elite

Loading...
Fiza Elite mencuri perhatian ramai apabila satu status di laman sosialnya menunjukkan dia sedang menghitung hari.

Ramai menyangka pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim bakal berkahwin, tidak lama lagi.

Bekas suaminya, Adam AF turut ada membuat kenyataan dan dia juga hanya mendoakan kebahagiaan Fiza.

Akhirnya Fiza Elite tampil membuat kenyataan tentang hal tersebut dan nafi hendak kahwin dalam masa terdekat ini tetapi sedang mengenal hati budi seorang pilot bernama J.

Fiza juga menafikan kekasihnya berstatus suami orang.

Luahan Fiza Elite Apabila Didakwa Nak Kahwin Lagi

Ini komennya:

"Kami baru kenal dan berjumpa, masakan nak kahwin tiba-tiba? Saya menulis menghitung hari di laman Instagram kerana akan terbabit dengan sebuah projek yang belum dapat didedahkan lagi. 

"Tapi ada pula yang pandai-pandai membuat rumusan ia ada kaitan dengan saya nak berkahwin lagi. Saya juga terpaksa memadamkan perkongsian itu kerana ia mula mengundang komen bukan-bukan,"

"Masih terlalu awal untuk kami memikirkan soal kahwin. Saya pun pernah berdepan kegagalan dalam dua perkahwinan sebelum ini. Jadi saya tak mahu pisang berbuah dua kali lagi. 

"Seperti kenyataan saya sebelum ini, memang saya sedang mengenali lelaki dengan pangkal huruf J. Dia bukan suami orang dan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu."

"Soal kahwin lagi, pasti saya akan kongsi. Benda baik semestinya saya akan hebahkan,"

Ketika berkahwin dengan Ahmed Farriq (bekas suami pertama), Fiza dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 8, dan Feeya Adyrra, 7.

Fiza juga telah berkahwin dengan Adam AF dan bercerai sebanyak dua kali.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.